Thursday, August 11, 2011

Bertudung @ menutup aurat???

Sekarang ini, macam-macam fesyen tudung atau selendang a.k.a shawl yang ada. dari yang paling simple tak pakai kerongsang sampailah yang perlu pakai banyak-banyak pin dan kerongsang.

Dan, sebagai wanita yang ingin bergaya, aku pun tak ketinggalan cuba macam-macam stail tudung & shawl. Selalu juga aku usha blog-blog yang bagi tutorial pakai tudung & shawl ini.


Tapi, aku cukup tertarik dengan hamba Allah yang seorang ini. Aku hanya mengenali dia daripada kaca TV. Sangat suka dengan stail dia.

Mempersembahkan, 

*

*

*
 (mana nak cari tudung macam gini???uhuhu)

 (pakai shawl tapi tetap labuh =))

 (tudung bawal jer... tapi macam mana nak pakai macam ni??? uhu)

Beliau adalah Oki Setiana Dewi, seorang aktres dari seberang, Indonesia. Alah, yang pegang watak Anna dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih tu. Tarikh lahirnya, 13 Januari 1989, baru umur 22tahun, tapi sangat la matured die ni (dalam movie tu la, tapi aku yakin kat luar pun dia sama sebab tu dah hasilkan buku dah). Tak silap aku buku dia tajuknya Mengejar Pelangi. Ingat nak pergi cari nanti =)

Aku katakan die matured pun, sebab sepanjang dalam cerita tu tak nampak pun dia berpegangan dengan mana-mana lelaki, even watak lelaki tu ayah atau suami dia.
Waaaaa, sangat terharu tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih, samada movie atau drama. Sangat menyentuh perasaan & sarat dengan pengajaran plus ilmu agama yang selalu kita ambil mudah.

Pasal cerita yang mendapat ranking pertama dalam hati kecil aku ini, nanti aku review ya =)

Tuesday, August 9, 2011

inGiN kEmbALi =)

Dah lama rasanya mengabaikan blog ini.. sekarang masa untuk mengisi segala kekosongan...~

Alhamdulillah, sekarang felt BETTER lepas when through semua benda. So many good and also bad things happen since last year, tapi syukur masih diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk perbaiki segala kekurangan yang ada...
Insyaallah, bulan baik, hari baik ini akan jadi pencetus segala kebaikkan buat diriku juga diri kamu, kamu, dan kamu semua... amin, Ya Rabb... =)

Setelah lama berdiam diri, rasa ingin kembali mengisi masa dengan aktivi yang berfaedah datang mebuak-buak.. kali ini, aku bisa mencorakkan sendiri segala-galanya.. YESSSS!!! I'm FREE to be ME!

*

*

*

*

*

Sesungguhnya, aku amat rindukan mereka...









insyaAllah, everything will be OK!~ ammiiinnnnnnn......

Dan, aku punya keputusan BESAR yang bakal mengubah segalanya~insyaAllah... doa-doakan ya =)
Segala-galanya baru =)

Thursday, August 4, 2011

Kau + Aku = Kau + Aku

 Mungkin kau tak faham akan diriku, sama sepertimana aku tidak memahami dirimu,
Walau sepuas, segigih mana mencuba, kita tidak akan pernah saling memahami,
Kerna, ada bahagian dalam diriku yang aku cuba sembunyikan daripada pandanganmu.

Aku tak peduli apa yang kau maksudkan dengan kehidupan,
Kerna setiap kali terluka, aku pelajari apa itu kehidupan,
Kebenaran terasa seperti orang asing,
Jiwa yang dalam bahaya, akan aku pastikan bebas dengan semangat yang tersisa.

Untuk mengakui aku silap, atau tersilap,
Yang lantas membuatkan aku berubah fikiran,
TAK, itu tidak mungkin,
Kerna aku harus melangkah ke hadapan,
Dan maaf, aku terpaksa tinggalkan kau di belakangku.

Aku tak pantas untuk membazir masa, hatta walau sesaat,
Dan aku ternyata tidak perlu ragu tentang apa yang telah aku lakukan,
Yang penting sekarang,
Aku perlu menghayati kehidupan setiap saat seolah-olah itulah saat terakhir dalam hidupku.

Aku tidak akan menoleh ke belakang setelah simpang itu aku lewati,
Kau, masih sebahagian daripada diriku,
Kerna kau kan tetap kekal di dasar hatiku,
Kerna di situ memang tempatmu,
Dan aku selalu merasakan kehadiranmu.

Aku penat dengan permainan ini,
Ini bukan tentang salah siapa atau sisi jahat sesiapa, kau atau aku,
Cukuplah dengan kelukaan selama ini,
Maaf, aku harus kuat,
Dan maaf, aku terpaksa meninggalkan kau.

Namun, kau tau, aku takkan pernah bisa menghilangkanmu,
Kerna, kau selalu ada di suatu sudut di hati kecilku,
Masih tertinggal sisa bahagian kau dalam diriku,
Aku tidak pernah menyesal dengan kehadiran kau dalam hidupku,
Terasa segar segala memori antara kau dan aku,
Yang selalu akan mengingatkan aku tentang akan hadirnya dirimu.

Dan, kau selalu ada kerna kau ada di situ.

Thursday, April 28, 2011

Kasih Sejati

Baru-baru itu, aku belajar erti kasih sayang yang sebenar, bak kate orang, yg sejati la.
Ini bukan kisah aku, atau keluarga aku. Aku pon tak kenal dia pada asalnya.
Tapi, Allah itu Maha Kuasa, disebalik setiap kejadian, ada hikmahnya.
Dan ternyata, Facebook itu ada jugak hikmahnya.

Aku mengenali seorang hamba Allah ini melalui FB. Kami berasal dari daerah yang sama, dia pon pernah bersekolah di sekolah aku, tapi kami tidak pernah saling mengenali.

Dari FB la kami mula kenal n jadi kawan.
Nak dijadikan cerita, sebab dah rase lame tak lepak ngan dia, aku kontek dia. Dan aku sangat terkejut bila dia kate sedarenye masuk hospital, (hospital tempat aku keje plak tu) ade infection.

Sejak tu, aku selalu melawat sedarenya yang Dr kate terkena Leptospirosis with Meningitis.
Selaput otak die kene serang oleh virus kencing tikus.
Ya Allah, Kau berilah kesembuhan kepada dia.

Berbalik pada tajuk kat atas, aku sangat terharu dengan kasih sayang insan bernama IBU dan AYAH.
Dia berasal dari Sarawak, dan mak ayah die datang dari Bumi Kenyalang semata2 nak jaga anak yang tengah terlantar kat hospital. Tidur, mandi, makan sumenye di hospital. Terasa sayu bila tengok pengorbanan mak ayah yang sebegitu rupa. Aku tau hospital ni bukanny sediakan tempat mandi atau tidur.
Aku tanye,
+ "Pak cik makcik tidur mana?"
- "Susah jugak nak lelap sebab gilir2 jage die, tapi kalo dh xlarat sangat, baring la jugak kat krusi kat bawah tu. Nak tidur rumah yang orang sediakan, rase tak sampai hati nak tinggalkan die. Kalo jadi ape2, susah kalo jauh."
+ "Mandi? Cuci baju sume?"
- "Bilik air kat wad ni ade."

Sungguh aku terharu dan tersentuh. Terus aku teringat mak ayah kat kampung. Rindu giler kat dieorang, dah lebih 6 bulan tak jump.
Aku terpikir, sanggupkah aku buat macam tu jugak kalo satu ari nanti ada insan yang aku sayang terlantar macam tu jugak.

Sekarang sudah hampir sebulan dia dimasukkan ke wad (start 1 April). Dr kate infection dah tak de, n rawatan tok virus tu pon dah dihentikan. Tapi, sampai sekarang die xleh cakap, badan slalu menggeletar dan kadang2 macam org ketakutan, menangis. Sekarang kami tengah ikhtiar perubatan cara Islam.
Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Tak ada suatu pon yang boleh terjadi kalo bukan atas keizinanNya.

Aku memohon padaMu Ya Allah, Kau berilah kesembuhan kepada dia. Dan Kau berilah kekuatan kepada kedua ibubapanya untuk menempuhi ujian yang bukan sedikit ini.

Wednesday, March 2, 2011

~m.i.S.s U~

Allah tak kan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya.

Masuk saja tahun baru 2011, macam-macam parut yang aku dah dpt. 
Parut yang nampak mahupun tak nampak.
Bercakap pasal ujian pula, banyak ujian yang aku dah lalui, termasuklah ujian-ujian pemeriksaan kesihatan..ehe
Tapi agak sedih bila sel-selku yang banyak mati akibat CT scan, x-ray & ultrasound.uhuhuhuhu. 
rasa lemah ja badan, lembik!

dan untuk 2 minggu ni juga, Dr nasihatkan jangan buat aktiviti berat. Dia katea, "JANGAN JOGGING DULU!"
uhuhu...makin tambah sedih...baru ja beli kasut baru untuk jogging, dah kena postpone pula...

+ tu parut yang nampak. 
* parut yang tak nampak? 
+ mesti pasal hati & perasaan kan????
* uhuhu...cam tau-tau ja...

bukan la pasal aku dikhianati oleh pakwe..
tapi insan-insan yang aku anggap "kawan" dan "sumber inspirasi". uhuhu
aku sangat tak suka bila ada orang menjaja cerita aku kat orang lain. 
dan yang paling aku tak boleh terima bila cerita yang dijaja itu sama sekali bercanggah daripada intipati sebenar!

dan, untuk sumua yang dah terjadi, buatkan aku tersangat rindu kat SAFIZA. 
aku yang telah "buang" dia, tapi perlu ke aku "dapatkan" dia balik?? uhuhu....


Tuesday, October 12, 2010

DIA.....

hidup ini terlalu indah... dan,
Allah itu Maha segalanya....

hari ini, aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi yang fana ini.

walaupun ari ini aku kehilangan sesuatu, tapi aku tau, aku masih ada DIA.

aku lebih ingat DIA bila aku rasa aku keseorangan, bila aku rasa kesunyian...bila aku rasa aku dahagakan kasih....

tapi, DIA sentiasa ada tak kira aku keseorangan atau tidak..
DIA sentiasa ada tak kira aku sibuk atau sunyi sekalipun...
DIA sentiasa ada ketika aku kenyang, lapar maupun dahagakan kasih...

selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA menghampiriku...
namun kenapa hati ini selalu susah untuk benar-benar mencintai DIA???

Tuesday, October 5, 2010

L.0.s.T

sometimes in life, we'll be lost.
dunno where are we heading to....
when it comes to a certain junction, we can't even decided!
left OR right? 

i've a friend, who told me this,
dear, whenever u felt u are lost, 
just find your way out! 
don't stay, keep moving forward & find your new direction....