Wednesday, October 12, 2011

Hati yang kau sakiti~

Bagaimana hati yang begitu kecil bisa menampung pelbagai rasa?
Rasa gembira, sedih, marah, kecewa, bahagia, derita,  semuanya terhimpun dalam satu ruang.

Tak ada kaitan pun tajuk entry kali ini dengan apa yang ingin aku perkatakan.. (saja nak wat tajuk gempak =p)

Cerita kali ini tentang seorang insan kecil berumur 12 tahun.
Pertama kali mengenali dirinya, aku terus jatuh suka. Bukan sebab paras rupa seakan-akan chinese-look yang bisa membuatkan aku terus rindu pada adik di kampung. Namun, ada sesuatu dalam dirinya yang buat aku teruja untuk mengenali dia. Cukuplah kalau aku kenalkan dia sebagai Z.

Z pada pandangan aku seorang yang punya peribadi sendiri.
Sepatutnya dia berada dalam darjah 6 dan mengambil UPSR di negara kita dalam umur yang sebegitu. Namun, dia antara insan yang kurang bernasib baik. Tidak pernah bersekolah, tidak tahu membaca dan mengira. Apa yang dia tahu, empat huruf yang membentuk namanya: _Z_ _

Pernah tak kita terfikir bagaimana agaknya perasaan kita bila melihat kanak-kanak lain berseragam sekolah, bersukan di sekolah, sedangkan kita hanya mampu melihat dari jauh.
Bagaimana agaknya perasaan kita bila rakan-rakan sebaya memandang serong ini. Kecil-kecil lagi sudah dicemuh, sudah dilabelkan macam-macam!
Bagaimana agaknya perasaan kita bilamana melihat sesuatu iklan di jalan raya, namun kita tidak  memahami langsung tulisan itu? Dan, bagaimana pula kita hendak mengira harga barang makanan yang kita boleh beli bilamana di tangan hanya ada beberapa keping duit RM1?

Sunnguh aku bersyukur kerna aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan lengkap dari segi kasih sayang. Bersyukur punya ayah dan bonda yang sanggup berkorban apa sahaja untuk menjadikan aku dan adik-adik insan terpelajar.

Aku tidak salahkan Z kalau dia berkelakuan tidak senonoh. Aku tidak salahkan dia bila dia sewenang-wenangnya memukul mereka yang lain. Dan aku tidak salahkan dia kalau dia berbohong.
Kerna,
Aku tahu yang dia masih tidak dapat membezakan yang mana betul, yang mana salah. Dia masih tidak mampu memberi perbezaan yang mana tingkahlaku baik, dan yang mana jahat. Dia masih kurang jelas yang mana pahala yang mana dosa.

Jadi, adalah tugas kita sebagai mereka yang lebih tahu untuk memberi tahu kepadanya.Tugas kita yang sudah jelas tentang yang hak dan yang batil untuk memperjelaskan kepadanya.

Aku berdoa, suatu hari nanti Z akan temui peribadi yang tersembunyi di dalam dirinya. Aku yakin, dia punya potensi yang besar untuk menjadi orang besar suatu hari nanti.

Z, doa akak sentiasa mengiringi setiap langkah Z.
Masih terngiang-ngiang di cuping ini suara Z, "Terima kasih kak, terima kasih banyak-banyak."
Z, akak sayang Z!

Monday, October 10, 2011

Excited!!!

Bagaimana perasaan anda semasa zaman kanak2, apabila mendapat mainan yang diidam2kan?
Teruja? Terharu? Terlompat2?

Mungkin rasa ini sama seperti itu, mungkin juga tidak. Apa yang aku tahu, aku tengah EXCITED!!!
Sebab, apa yg aku impikan terlaksana walaupun baru di peringkat permulaan.
Setiap perjalanan yang tak kesah berapa jauh sekalipun memerlukan langkah yang pertama.
Dan, aku kini telah memulakan langkah itu.
Semoga semuanya baik2 saja dan dipermudahkan oleh Allah. InsyaAllah.

Aku tidak punya capital yang besar untuk disumbangkan kepada mereka yang amat2 memerlukan. Apa yang aku termampu kini hanyalah menyumbang kudrat yang ada.
Tapi, aku percaya kini, dengan bantuan kamu, kamu dan kamu, impian itu boleh menjadi realiti.
Amin....

Monday, October 3, 2011

Adam vs Hawa 1

Kita akui lelaki dan wanita itu memang berbeza. Namun, tak semua yang mengakui perbezaan itu mampu menerima perbezaan itu.
Aku bukan pakar cinta, bukan juga pakar motivasi, tapi aku ingin berkongsi ilmu yang aku cari dan gali untuk tatapan semua, juga buat peringatan kepada diriku yang seringkali lupa dan alpa.
John Gary kata, "problem are inevitable". Begitu juga dalam sesebuah perhubungan, tak kan lari daripada masalah. Nak tak nak, kena hadapi!

Dalam satu-satu perhubungan, jangan pernah ada paksaan, terpaksa, memaksa mahupun dipaksa. Tak ada siapa pun yang suka dipaksa dan berada dalam keadaan terpaksa.

Cuba buka hati seluas-luasnya, insyaAllah kita akan belajar lebih banyak. Belajar memaafkan itu salah satu kebaikan bilamana kita buka hati kita. Dengan memaafkan, kita akan lebih menghargai dan dihargai, akan lebih menyokong dan disokong serta akan lebih memahami dan difahami.
Cukup dengan memahami, kita akan rasa lebih bermotivasi untuk menjalani sebuah kehidupan dan menjalin suatu perhubungan. Tak kisahlah hubungan dengan mak ayah, adik beradik, suami isteri mahupun kawan-kawan.
Berbalik pada tajuk, "Adam VS Hawa", aku nak berkongsi beberapa tips yang mungkin nampak mudah, tapi sebenarnya banyak manfaatnya dalam kehidupan seharian. Tips yang semua orang tahu, tapi selalu lupa! Tips tentang menjadi Adam dan Hawa dalam menjayakan sesebuah perhubungan.



*R.E.S.P.E.C.T dan A.C.C.E.P.T*

 
Adam vs Hawa 1: adalah mengenai “BANTUAN”

 
 Adam ~ Mereka sangat jarang bercerita tentang masalah, kerana ia adalah salah satu tanda KELEMAHAN mereka.

 Hawa ~ Mereka suka bercerita tentang masalah kerana mereka sangat percaya kepada, "SHARING IS CARING".
 

Adam ~ Bila Hawa bercerita tentang masalahnya, Adam fikir Hawa meminta JALAN PENYELESAIAN daripadanya. Adam akan mula memberi macam-macam nasihat, sebab itu cara Adam menunjukkan kasih sayang dan kesungguhannya untuk membantu. Adam tak tahu, dengan hanya mendengar penuh empati dan perhatian sepenuhnya, Hawa akan rasa Adam betul-betul memahami Hawa.

Hawa ~ Bila Adam tidak bercerita tentang masalahnya, terasa Adam tidak menghargainya sebagai pasangan. Jadi, bila Adam senyap, Hawa akan bertanya macam-macam, dan bila Adam mula bercerita masalahnya, Hawa akan menawarkan PERTOLONGAN DAN BANTUAN tanpa diminta. Hawa akan cuba membantu memperbaiki diri Adam. Sebab, bagi Hawa, menerima bantuan bukanlah tanda kelemahan sang Adam. Hawa tak tahu, dengan berbuat demikian, Adam akan rasa Hawa tak percayakan Adam dalam menyelesaikan masalahnya sendiri.


 
Adam ~ Bila Hawa tak terima penyelesaian yang Adam bagi, Adam akan rasa tak kompeten, dirinya tak boleh dipercayai, rasa tak dihargai dan ini akan menyebabkan Adam mula berhenti untuk mengambil berat soal Hawa.

Hawa ~ Bila Adam tak terima cadangan-cadangan daripadanya, Hawa akan rasa Adam dah tak pedulikan Hawa, Hawa pun akan rasa yang perasaan dan kehadirannya tidak dihargai oleh Adam. Hawa akan rasa Adam tak menyokongnya, dan ini akan membuatkan Hawa berhenti untuk mempercayai Adam.


 
SEHARUSNYA,

Adam ~ Mendengar segala masalah Hawa dengan penuh perhatian dan rasa empati. Dengan ini, Hawa akan rasa mendapat sokongan. BERHENTI bagi JALAN PENYELESAIAN kepada Hawa sebab Hawa hanya ingin bercerita dan bercerita tentang masalahnya.

Hawa ~  PENERIMAAN daripada Hawa lebih Adam hargai berbanding nasihat dan cadangan-cadangan untuk memperbaiki diri Adam. Bila Adam rasa Hawa tidak berusaha untuk memperbaiki Adam dengan cadangan-cadangannya, Adam akan lebih selesa meminta maklumbalas dan nasihat daripada Hawa. 

Ingatlah, jangan hanya mencari persamaan dan cuba mengelakkan perbezaan. Kerna, Adam dan Hawa tak kan pernah sama. Adam dan Hawa dilahirkan dengan penuh perbezaan. Belajarlah memahami Adam jika kamu adalah Hawa dan belajarlah memahami Hawa jika kamu adalah Adam. Belajar menerima perbezaan kerna dengan itu sahaja kita bisa memahami apa itu makna persamaan. =)

Jatuh Cinta~ lalalala

Review Ketika Cinta Bertasbih (KCB)
Aku suka satu sajak dalam filem ini:

                                                (Credit to Mr. Google)

Pada mulanya, aku ingatkan cerita ni sama macam Ayat-ayat Cinta, almaklumlah, penulisnya orang yang sama, iaitu Habiburrahman. Tapi, sangkaan aku jauh meleset, aku rasa dah sampai ke planet Pluto dah lesetan itu...

Apa perbedaannya ialah:
1. Watak perempuan yang bertudung, warak sama juga dengan watak lelaki yang warak langsung tidak mencemarkan ajaran Islam. Tiada sentuh-menyentuh dan lain-lain perkara yang boleh mendatangkan syak.

2. Pemilihan pelakon yang memang melalui audition yang sangat rumit. Semua pelakon utamanya, watak mereka kat luar pun lebih kurang macam dalam movie mahupun drama ini. (berkaca-kaca dah mata aku tengok slot audition diaorang..uhu)

3. Pengajaran tentang perjalanan kehidupan seharian yang banyak pancaroba. Even benda kecil pun diaorang persembahkan, tu yang buat cerita ini memang nampak real. Banyak sangat pengajaran tentang erti kekeluargaan, persahabatan dan percintaan dalam cerita ini.


Banyak lagi la, tapi aku macam malas nak ulas. Korang kena tengok sendiri bagi yang tak pernah tengok lagi. Tapi, kalau dah tengok, tapi tak dapat apa yang aku dah senaraikan kat atas, sila tengok berulang kali, OK =)
 
Antara pengajaran baru (baru bagi aku, maybe tidak bagi yang lain; almaklumlah, saya budak baru belajar mengenal hidup..uhu)


~Jangan pernah mendahulukan orang lain dalam membuat kebaikan/ kebajikan. Contoh dalam movie ni, kawan si Azzam membiarkan kekasih hatinya berkahwin dengan lelaki yang pada firasatnya jauh lebih baik daripada dirinya. Bukankah perkahwinan ini ibadah, lantas mengapa dibiarkan orang lain melakukan ibadah itu?? (Mak, ada tak orang masuk meminang anakmu ini?? Nak buat ibadah juga!)
    
~Dahulukan orang tua dalam membuat sebarang keputusan. Contoh daam drama ini, ustaz Ilyas meminang Husna (adik Azzam) tanpa berbincang dengan ahli keluarganya terlebih dahulu. Padahal pada masa yang sama, ibunya ustaz Ilyas hendakkan Fina menjadi menantunya. Terpaksalah Husna makan hati sebab pertunangan diputuskan. (Mak, anakmu ini ikut saja sesiapa pilihanmu)

~ Sentiasa bermunajat dan bermusyawarah. Sangat insaf bila tengok dalam cerita ini, tiap kali ada masalah atau kekeliruan, mesti pertama sekali mereka akan mengadu pada yang Maha Esa, then akan cari orang yang betul untuk berbincang masalah dan cari jalan keluar untuk sesuatu masalah. (Kenapa la aku selalu cari 'orang' dulu untuk share masalah?? uhu)
  
Ada banyak lagi, tapi korang review la sendiri dengan menonton cerita tu. Pasti sangat PUAS HATI. InsyaAllah~ =)

Thursday, August 11, 2011

Bertudung @ menutup aurat???

Sekarang ini, macam-macam fesyen tudung atau selendang a.k.a shawl yang ada. dari yang paling simple tak pakai kerongsang sampailah yang perlu pakai banyak-banyak pin dan kerongsang.

Dan, sebagai wanita yang ingin bergaya, aku pun tak ketinggalan cuba macam-macam stail tudung & shawl. Selalu juga aku usha blog-blog yang bagi tutorial pakai tudung & shawl ini.


Tapi, aku cukup tertarik dengan hamba Allah yang seorang ini. Aku hanya mengenali dia daripada kaca TV. Sangat suka dengan stail dia.

Mempersembahkan, 

*

*

*
 (mana nak cari tudung macam gini???uhuhu)

 (pakai shawl tapi tetap labuh =))

 (tudung bawal jer... tapi macam mana nak pakai macam ni??? uhu)

Beliau adalah Oki Setiana Dewi, seorang aktres dari seberang, Indonesia. Alah, yang pegang watak Anna dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih tu. Tarikh lahirnya, 13 Januari 1989, baru umur 22tahun, tapi sangat la matured die ni (dalam movie tu la, tapi aku yakin kat luar pun dia sama sebab tu dah hasilkan buku dah). Tak silap aku buku dia tajuknya Mengejar Pelangi. Ingat nak pergi cari nanti =)

Aku katakan die matured pun, sebab sepanjang dalam cerita tu tak nampak pun dia berpegangan dengan mana-mana lelaki, even watak lelaki tu ayah atau suami dia.
Waaaaa, sangat terharu tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih, samada movie atau drama. Sangat menyentuh perasaan & sarat dengan pengajaran plus ilmu agama yang selalu kita ambil mudah.

Pasal cerita yang mendapat ranking pertama dalam hati kecil aku ini, nanti aku review ya =)

Tuesday, August 9, 2011

inGiN kEmbALi =)

Dah lama rasanya mengabaikan blog ini.. sekarang masa untuk mengisi segala kekosongan...~

Alhamdulillah, sekarang felt BETTER lepas when through semua benda. So many good and also bad things happen since last year, tapi syukur masih diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk perbaiki segala kekurangan yang ada...
Insyaallah, bulan baik, hari baik ini akan jadi pencetus segala kebaikkan buat diriku juga diri kamu, kamu, dan kamu semua... amin, Ya Rabb... =)

Setelah lama berdiam diri, rasa ingin kembali mengisi masa dengan aktivi yang berfaedah datang mebuak-buak.. kali ini, aku bisa mencorakkan sendiri segala-galanya.. YESSSS!!! I'm FREE to be ME!

*

*

*

*

*

Sesungguhnya, aku amat rindukan mereka...









insyaAllah, everything will be OK!~ ammiiinnnnnnn......

Dan, aku punya keputusan BESAR yang bakal mengubah segalanya~insyaAllah... doa-doakan ya =)
Segala-galanya baru =)

Thursday, August 4, 2011

Kau + Aku = Kau + Aku

 Mungkin kau tak faham akan diriku, sama sepertimana aku tidak memahami dirimu,
Walau sepuas, segigih mana mencuba, kita tidak akan pernah saling memahami,
Kerna, ada bahagian dalam diriku yang aku cuba sembunyikan daripada pandanganmu.

Aku tak peduli apa yang kau maksudkan dengan kehidupan,
Kerna setiap kali terluka, aku pelajari apa itu kehidupan,
Kebenaran terasa seperti orang asing,
Jiwa yang dalam bahaya, akan aku pastikan bebas dengan semangat yang tersisa.

Untuk mengakui aku silap, atau tersilap,
Yang lantas membuatkan aku berubah fikiran,
TAK, itu tidak mungkin,
Kerna aku harus melangkah ke hadapan,
Dan maaf, aku terpaksa tinggalkan kau di belakangku.

Aku tak pantas untuk membazir masa, hatta walau sesaat,
Dan aku ternyata tidak perlu ragu tentang apa yang telah aku lakukan,
Yang penting sekarang,
Aku perlu menghayati kehidupan setiap saat seolah-olah itulah saat terakhir dalam hidupku.

Aku tidak akan menoleh ke belakang setelah simpang itu aku lewati,
Kau, masih sebahagian daripada diriku,
Kerna kau kan tetap kekal di dasar hatiku,
Kerna di situ memang tempatmu,
Dan aku selalu merasakan kehadiranmu.

Aku penat dengan permainan ini,
Ini bukan tentang salah siapa atau sisi jahat sesiapa, kau atau aku,
Cukuplah dengan kelukaan selama ini,
Maaf, aku harus kuat,
Dan maaf, aku terpaksa meninggalkan kau.

Namun, kau tau, aku takkan pernah bisa menghilangkanmu,
Kerna, kau selalu ada di suatu sudut di hati kecilku,
Masih tertinggal sisa bahagian kau dalam diriku,
Aku tidak pernah menyesal dengan kehadiran kau dalam hidupku,
Terasa segar segala memori antara kau dan aku,
Yang selalu akan mengingatkan aku tentang akan hadirnya dirimu.

Dan, kau selalu ada kerna kau ada di situ.