Langkah dimatikan sejurus terdengar suara garau memanggil namanya dengan sedikit kuat. Nasib baik lagu Berdua Bersatu dendangan kumpulan remaja Forteen sudah sampai ke penghujungnya, kalau tidak pasti dia dicop sombong kerana tidak mengendahkan panggilan itu. Berderau darahnya melihat Mikhail yang semakin menghampirinya. Tidak dapat dia nafikan aura jejaka yang mampu membuai hati wanitanya. Dengan baju yang ketat menampakkan susuk tubuh sasa itu, ditambah dengan peluh akibat lariannya, Mikhail nampak begitu macho di matanya. Bukan setakat dia yang tertarik, bahkan dia perasan pandangan mata penuh berminat beberapa gadis muda yang berlari melalui lelaki itu.
“Morning Fatihah. Penat I lari cari you.” “Sorry, I ada janji nak lari dengan you ke?”
“Kan I dah cakap dalam phone tadi. Tunggu I.” “Oh, sorry. My bad!” Matanya meliar mencari kelibat seseorang. “Mana kak Ima?” “Tak tau.” Mikhail menjungkitkan bahunya. Malas dia mahu berbicara tentang insan lain apabila insan yang dia rindui sudah di depan mata. Wah, belum apa-apa lagi sudah pandai merindu. Memang kau sudah sakit, Mikhail!
“You dah habis lari ke?” “Aah, I nak balik dah.” “Awal lagi ni. You dah breakfast?” “I nak balik masak la ni. Breakfast kat rumah je.” “Kalau macam tu, jom teman I breakfast.” “Err, tak pe la. Lagipun housemate I tunggu I balik masak.” “I yakin housemate you tak kisah kalau you balik lambat sikit kan?”
Fatihah sudah kematian kata-kata. Bukannya dia nak balik memasak pun sebenarnya, cuma dia rasa tidak selesa berdua-duaan dengan Mikhail. Nanti apa pula kata kak Ima kalau dia dapat tahu. “Let’s go, my treat.” Mahu tidak mahu Fatihah membuntuti juga Mikhail yang sudah memulakan langkah ke restoran yang terletak betul-betul di hadapan tasik Titiwangsa itu. Menyesal pula dia menelefon nombor handphone yang disangkanya milik Micheal pagi tadi.
* * *
“Tak sangka you makan banyak juga ye. Tapi no wonder la badan you cantik, rajin jogging.” Terasa panas wajah Fatihah mendengar komen selamba daripada Mikhail itu. Dia yakin lelaki di hadapannya ini memang bermulut manis dan pandai mengambil hati wanita. Dan dia juga yakin kak Ima bukanlah satu-satunya teman wanita lelaki itu bila dia teringatkan kata-kata kak Ima semalam. Kesian kak Ima.
“You ni suka mengelamun ke?” “Huh?” “See, you ni comel la. Dengan muka innocentnya. Kalau I tak tahu you cikgu, mesti I ingat you student lagi. You look younger than your age.” Terasa semakin panas wajahnya mendengar kata-kata Mikhail itu. “How old are you?” Terkejut dia mendengar soalan yang terkeluar daripada mulutnya. Ish, lain yang dia nak tanya, lain pula soalan yang terlontar keluar. “You guess?” Ish, mamat ni nak main teka teki pula. “Thirty plus.” Tersengih dia melihat wajah berkerut Mikhail. Sengaja dia meneka begitu kerana dia tahu tak mungkin Mikhail setua itu.
Terdengar ketawa kecil daripada Mikhail. “Do you know that your smile was so sweet?” “Huh?” Ha ha ha. Kali ini agak kuat gelak ketawa Mikhail. Sungguh terhibur dia melihat wajah malu-malu Fatihah. Dalam tak sedar segala tingkah laku Fatihah ternyata menggoda hati lelakinya. Fatihah tersenyum malu memandang mereka yang duduk di meja sebelahnya yang pastinya pelik melihat Mikhail yang begitu seronok ketawa. Ish, mamat ni macam budak kecil je, getus hatinya.
“So, Mikhail. I ingat nak balik dah. Nasi lemak you pun dah habis kan?” “Awalnya you balik. You ada program ke lepas ni?” “Yup! I ada kelas tambahan.” “Ye la kan. You kan cikgu, mesti sibuk nak pandaikan anak murid kan.” Jawapan itu mengundang rasa lucu di hati Fatihah. Segera dia bangun diikuti oleh Mikhail. “I hantar you balik.” “Tak payah la Mikhail. Lagipun I datang drive sendiri.” “No, I hantar you.” “Habis tu, kereta I?” “You drive la.” “Ha?” Berkerut dahinya mendengar jawapan Mikhail itu. “I mean, you drive your car, I follow dari belakang.”
“Tak payah la.” “Ala, tak susah pun Fatihah. I follow kereta you dari belakang.” “Tak payah la, Mikhail. Selama ni pun I biasa balik sendiri.” “I tak kan benarkan you sendiri dah lepas ni.”
Senyuman tak lekang dari bibir Mikhail melihat wajah cemberut Fatihah. Dia tahu gadis itu pasti tidak berpuas hati dengan tindakannya. Dia tahu memang tak logik untuk dia berbuat demikian, tetapi rasa ingin tahu di mana rumah gadis tersebut membuatkan dia mengemukan idea gila itu. “Apa-apa aja lah Mikhail.” Terus Fatihah mengatur langkah ke keretanya. Sungguh dia geram dengan perangai mengada-ngada Mikhail itu. Tapi dia takut terlewat sekiranya dia terus menerus melayan ulah teman lelaki kak Ima itu.
* * *
Ligat dia memasak di dapur mengenangkan masa yang semakin bergerak. Hari ini dia perlu ke asrama Darul Iman kerana dia perlu memantau pembelajaran kanak-kanak di situ. Gara-gara melayan Mikhail pagi tadi, dia telah terlewat sampai di rumah. Bobo pun dia tak sempat mandikan takut dia terpaksa membiarkan kanak-kanak di Darul Iman menunggunya terlalu lama.
Selesai menyediakan paprik ayam dan sayur kailan ikan masin, dia cepat-cepat mandi dan menunaikan solat Zohor. Ada satu jam lagi sebelum masa yang sepatutnya dia berada di Darul Iman. Cepat-cepat Fatihah menghabiskan nasi di pinggannya apabila teringat yang dia perlu memberi makanan dan menambah air minuman Bobo. Dia takut terlewat balik dan Bobo kelaparan sekiranya dia tidak sempat balik seawal mungkin.
“Bobo, hari ni kita tak sempat nak main. Sorry, Fatihah kena pergi dulu. Kalau tak sebab Mikhail tadi, mesti Bobo sempat mandi kan?” Badan Bobo diusapnya penuh kasih sayang. “Tapi kan Bobo, Mikhail tu handsome jugak, cuma sayang dah ada girlfriend.” Tergelak dia dengan kata-katanya sendiri. Bunyi blackberrynya mematikan angan-angan yang baru disusun Fatihah sebentar tadi. “Assalamualaikum Erry. Ye, orang baru nak gerak keluar rumah. A’ah, jumpa di sana nanti.”
Bobo dimasukkan kembali ke dalam sangkarnya dan laju ayunan kakinya ke arah kereta. Wajahnya nampak serius apabila memikirkan kata-kata Erry sebentar tadi. Hatinya mula berasa tidak keruan apabila memikirkan masalah yang menimpa Darul Iman baru-baru ini. Sebaik sahaja sampai di Darul Iman, Fatihah terus menapak ke arah Erry dan Amri yang tengah rancak berborak. “Ha, Fatihah. Kita ada masalah besar sekarang ni.” Kata-kata Amri mematikan senyuman di wajah Fatihah.
“Apa dia?” “Puan Nur dan abang Johari dah lari.” “Lari? Pergi mana?” Sedikit menjerit Fatihah lantaran terkejut dengan kata-kata Erry itu. “Itu lah masalahnya. Buku-buku bank semua diaorang bawa sekali. Laptop dan kereta pun diangkutnya sekali.” “Bila masa puan Nur dengan abang Johari tu lari? Tak kan abang Fuad tak perasan kot.” Ternyata Fatihah masih kurang jelas dengan situasi yang mereka hadapi sekarang.
“Semalam, Fatihah. Masa tu, abang bawa Syafiq pergi hospital.” Segera kepala dipalingkan ke belakang dan wajah kurang bermaya abang Fuad membuatkan Fatihah beristighfar dalam hati. “Syafiq kenapa bang?” “Dia lelah semalam masa main bola. Fatihah kan tahu, Syafiq memang ada asma?” Fatihah mengangguk, mengiyakan kata-kata abang Fuad itu.
“Syafiq kat mana sekarang? Dia dah okey?” “Alhamdulillah. Dia ada di bilik.” Riak risau tergambar jelas di wajah Fatihah. “Nanti Fatihah pergi la jenguk dia. Dari tadi dia tanya, mana cikgu Fatihah.”
“Dan sekarang ni, baik Fatihah duduk dulu, dengar cerita abang Fuad.” Segera Erry menarik sebuah kerusi untuk Fatihah. “Abang Fuad, saya masuk office balik la ye. Masih banyak lagi yang saya nak periksa.” Permintaan Amri itu hanya di balas dengan anggukan oleh abang Fuad. Fatihah memberikan sepenuh perhatian kepasda penceritaan abang Fuad. Dan ternyata tepat firasatnya selama ini yang mengatakan puan Nur dan abang Johari ada niat yang tidak baik terhadap pertubuhan dan asrama Darul Iman. Alangkah terkejutnya Fatihah apabila abang Fuad turut memberitahu jumlah dana Darul Iman yang telah diselewengkan oleh suami isteri yang menurutnya pandai bermuka-muka itu.
Sebaik sahaja selesai bercerita, abang Fuad melangkah ke bahagian office Darul Iman diikuti oleh Erry. Fatihah pula melangkah ke arah dorm. Hatinya tidak tenang selagi tidak melihat sendiri keadaan Syafiq. Terasa berdenyut-denyut kepalanya memikirkan cerita abang Fuad tadi. Dia tidak menyangka sama sekali, di zaman serba moden ini masih ada mereka yang sanggup memakan harta anak-anak yatim.
Kepala dijengukkan ke dalam bilik asrama lelaki. Kelihatan Syafiq sesdang tidur nyenyak. Wajah polos Syafiq semakin mengundang rasa sebak di dalam hatinya. Dia tahu, sekarang tugas dia, Amri, Erry dan abang Fuad semakin berat. Duit yang tinggal untuk kanak-kanak yang seramai 20 orang itu cuma berbaki RM1,000. Itupun duit derma orang ramai yang tidak sempat abang Fuad serahkan kepada puan Nur.
Fatihah melabuhkan duduknya di sebuah kerusi di luar asrama lelaki. Pandanganya terhala ke hadapan, dengan dahi yang berkerut. Dia ingin merehatkan sebentar fikirannya selepas kejutan demi kejutan yang diterimanya hari ini. Sungguh, cerita abang Fuad tadi memberikan kejutan dan tamparan yang amat kuat rasanya.
Dia mengenali abang Fuad beberapa tahun lepas selepas menolong anak abang Fuad yang hampir di langgar lori. Dari situ, dia turut mengenali keluarga abang Fuad yang sudah dianggapnya seperti keluarga sendiri. Dan dia menjadi sukarelawan di Darul Iman pun atas permintaan abang Fuad yang memohon bantuannya mencari guru tuisyen untuk kanak-kanak di situ. Disebabkan kepayahan mencari mereka yang boleh memberi perkhidmatan yang murah, dia lantas mengajak Amri dan Erry menjadi sukarelawan di situ, merangkap guru tuisyen. Sebab itulah kanak-kanak di situ memanggil mereka dengan gelaran cikgu.