Showing posts with label Mata Pena. Show all posts
Showing posts with label Mata Pena. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

KAU


Kau
ya, kau yang punya pesona
yang nyata dia kagumi
kau buat dirinya
hilang dalam leka
mainan emosi dan kata-kata

Kau biarkan dia dengan tanda tanya
sehingga timbul banyak bisikan durjana

Jangan pernah akui dirimu pria sejati
andai kata putus pun tak berani kau beri

Sunday, November 18, 2012

Hilang


Luka paling dalam yang kau rasa
Biasanya dihadiahkan oleh dia
Insan yang paling kau sayang
Kerna
Dia sentiasa di atas tahta
Sehinggakan satu saat dia jatuh ke jurang
Paling dalam, dan terus hilang
Hilang terus dari carta
Menghadiahkan kau satu teriakan panjang

Kalau satu saat dia kembali
Menagih tempat di carta hati
Terpulanglah pada diri
Samada mau memaafi

Dan kau yang paling ku sayang
Walupun kembalimu ku sambut tenang
Jangan sangka ingatanku hilang

Pedih luka yang kau hadiahkan
Walaupun sembuh dari pandangan
Takkan pernah mengembalikan
Aku yang pernah kau hilangkan. 

Sunday, October 28, 2012

Duniawi


Sakit
Perit
Dia sudah lali
Hatinya sudah tidak mengenal lagi
Tentang semua rasa tadi

Tak usah bicara tentang cinta
Kalau kau tak bersedia untuk kecewa
Bukan beerti cinta akhirnya derita
Cuma bahagia takkan hadir suka-suka

Tutup lampu
Pejam mata
Kira bintang satu-satu
Lupakan seketika hal dunia.

Tuesday, October 23, 2012

Hati Seorang Aku



Dia
Ditentukan jalan hidupnya
Oleh keluarga yang dia cinta

Ada yang kata dia lemah
Asyik mengalah
Tidak punya pendirian
Selalu turuti permintaan
Ayah ibu yang membesarkan
Tapi, bukankah itu yang dituntutkan?

Ada yang kata dia tegar
Kerna Berjaya hadam segala onar
Biar mata dah berpinar
Hati rasa pijar

Andai kau tau
Sebenarnya dia tak perlukan penilaianmu
Apatah lagi kata-kata semangat darimu
Apa yang dia perlu
Sebuah dakapan rindu
Untuk dia lepaskan sendu. 

Sunday, October 21, 2012

Pejalan Kaki

Dari katil putih 
sebelah tingkap
kau kalih 
ada rasa yang ingin kau singkap

Apa rasanya berjalan di rumput nan hijau
apa rasanya berlari hingga hampir hilang nafas

Kalih lagi
pejam mata
cuba singkirkan segala emosi
sukarnya

Tangan meraba
ingin merasa anggota bawah
yang boleh bawa melangkah
malangnya tiada. 

Friday, September 28, 2012

Bulan


Berbicara dengan bulan
Adakalanya lebih nyaman
Kerna ia tetap setia di situ
Tanpa perlu di pujuk rayu

Wednesday, September 26, 2012

Kek Span 9cm


Kaki melangkah laju. Takut tertinggal keretapi terapung yang selalunya tidak akan menunggu penumpang. Keretapi terapung, itu gelaran yang emak aku berikan untuk perkhidmatan seperti LRT mahupun monorel. Hari ini aku terbangun lambat. Semuanya gara-gara menonton siaran langsung Portugal lawan Sepanyol yang berakhir dengan kekalahan Portugal. Akibat kecewa, aku tertidur hingga hampir terlajak waktu Subuh. 

          Sampai di mesin untuk membeli token keretapi, baru perasan yang aku tertinggal beg sandang yang selalu aku usung ke sana ke mari. Dalam tak sedar, aku terduduk di depan mesin membeli token. “Dik, tak cukup kerusi ke sampai duduk kat sini?” Suara sinis di belakang membangunkan aku. Sungguh, kenapalah hari ini jadi hari yang menyebalkan begini?

          Tanpa menoleh ke arah sesiapapun, aku berjalan ke arah jejantas yang disediakan untuk pejalan kaki. Fikiran berserabut sama sesaknya seperti jalan raya di bawah jejantas. Ada bas yang cuba menghimpit kereta-kereta yang jelas tidak mau memberi ruang buat kotak besar itu menyelit. Kenapalah bandar berlumpur ini sentiasa sesak?

          Aku menyeluk pokek. Ada wang kertas aku rasa. Hati berbunga kembali. Aku tarik perlahan sambil membayangkan itu duit not sepuluh ringgit minggu lepas yang aku lupa keluarkan daripada kocek seluar. Resit bayaran? Resit bayaran aku beli Colgate di Jaya Jusco semalam. Eh, sebenarnya ubat gigi jenama Safi. Apalah nasib aku hari ini. Termenung lagi. Malas mau memikirkan masa yang memang tak boleh aku undur kembali. Pekikan Yuna menandakan ada insan menghubungi telefon pintar aku. “Ya, aku tau. Bagi aku lagi setengah jam. Macamlah kau tak biasa kan?” Selebihnya, hanya anggukan dan deheman.

          Berpaling dan mau berpatah balik ke rumah untuk mengambil beg sandang. Mau saja aku menyumpah dia yang tiba-tiba muncul di sebelahku. Mana tidaknya, kotor seluar jeansku dek tumpahan kek coklat di tangannya.“Maaf kak, saya tak sengaja,” suara takut-takut itu mematikan amarahku. Diam. Aku pandang dia, dia pandang bawah. Sah, dia memang takut. Rasa nak marah terus lebur. Ada sesuatu yang tidak enak aku rasakan.

          Aku tunggu hingga dia mengangkatkan muka. Sah! Dia memang tengah nangis. “Kenapa dik?” “Kek itu untuk mak saya. Tapi dah jatuh.” Aku terkedu. Air mata serasa mau tumpah. Bukan sebab budak perempuan comel depan aku. Apatah lagi sebab mak dia. Aku rasa nak nangis sebab kek dia jatuh. “Tak pe. Nanti akak beli yang baru. Jom, ikut akak balik rumah jap. Amik duit.” Haha. Aku nampak muka terkejut budak perempuan comel. Aku hulur tangan, dia sambut. Aku dan dia melangkah menuruni jejantas. Aku diam, dia pun diam. Diam sehingga kami sampai ke rumah sewaku.

         Aku tinggalkan dia Iuar rumah. Seusai menukar jeans baru dan mengambil beg sandang, aku kembali memimpin dia ke arah stesen keretapi terapung. Dia masih diam. Aku juga malas mau memujuk dengan sebarang kata-kata.

         Sampai di satu outlet menjual kek, aku belikan dia sebiji kek seberat 1kg. Aku yakin dia mampu membawanya balik ke rumah. “Kak, kek saya kecik je. Ni besar sangat, nanti saya tak mampu bayar.” Aku hanya tersenyum. Sebelum melangkah membeli token untuk ke destinasi sebenar, aku suarakan pada dia, “Ini hadiah untuk adik dan mak adik. Kirim salam pada dia.” Kali ini aku kesat airmata budak perempuan comel itu. Aku selitkan duit not RM50 dalam kocek seluarnya yang hampir lusuh. Aku tidak peduli pada mata-mata yang memandang sebab budak perempuan comel itu memang popular di stesen ini. Dia dan maknya antara penjaja sayur yang saban hari menjual ulam-ulaman di bawah stesen, menyambut para pelanggan yang rata-rata baru balik kerja. Yang hampir kesemuanya mencari makanan segera atau yang goreng-goreng untuk mengisi perut lapar.

          Aku teruskan perjalanan. Membeli token, berjalan ke arah platform dan menunggu keretapi terapung aku. Sempat aku melambai dan menghadiahkan senyuman buat budak perempuan comel tadi. Aku yakin dia nampak aku kabur, sebab dia tengah nangis.

          2 minit, keretapi masih belum kelihatan. 5 minit, manusia semakin ramai. Nasib baik ini antara stesen yang hujung, maksudnya akan ada banyak bangku kosong di dalam gerabak nanti. 7 minit, aku berjaya masuk ke dalam gerabak paling hujung. Aku pilih kerusi yang paling hujung, di sebelah seorang pakcik tua yang mukanya sangat menggerunkan. Aku senyum, dia tengok pelik. Oh!

          Aku belek jam tangan, hadiah daripada nenek. Ada lagi setengah jam untuk sampai ke stesen Masjid Jamek. Masih banyak waktu untuk aku memikirkan apa yang aku akan bentangkan sebentar nanti kepada Nona. Tiada sebarangan pertunjukan slaid, tiada sebarang lakaran. Hanya kata-kata akan aku persembahkan nanti.

          Budak perempuan comel tadi. Dia buatkan aku teringat zaman kanak-kanak aku dahulu. Kisah aku dan kek span 9cm. Kenapa 9cm? Itu ukuran untuk sepotong kek, bak kata adik aku. Aku masih ingat waktu itu. Saat pertama aku lihat airmata ayah.

                                             *                          *                          *

          Petang itu, aku ajak Zu ke kedai kek. Di tangan tergenggam kemas duit hasil tabungan kami sejak minggu lepas. Hajat itu mesti dilaksanakan hari ini juga. Tinggal beberapa langkah lagi, aku tanya Zu, “Agak-agak berapa harga kek tu ye? Harap-harap tak mahal sangat.”

           “Entahla kak. Kalau tak silap, minggu lepas tengok RM2.80. Harap-harap tak naik harga.” Aku kira duit syiling yang ada. 20 sen, 1 ringgit, 2 ringgit setengah, 3 ringgit. “Kita ada RM3 je, dik. Kalau tak cukup, kita beli benda lain je la. Boleh, kan?”

          Aku tengok Zu dah nak nangis. “Nak beli apa kak? Nak sambut hari jadi kena la beli kek. Tak ada kek nak sambut dengan apa?” Aku diam. Malas mau memujuk Zu sebab hati sendiri pun tak terpujuk aku rasa. Masuk saja kedai kek Cina tu, aku bau aroma yang sangat sedap. Memang itu kedai kek yang paling laku dan popular di kampung kami. Kedai Kek Cindy. Zu terus menarik aku untuk melihat ke dalam cermin kaca. Ada banyak jenis kek yang terhidang.

          Kek perisa coklat, strawberi, pisang, blueberi dan pandan. Aku tengok muka gembira Zu. Aku tengok tanda harga pada setiap kek. Satu hirisan bersamaan RM2.80. Alhamdulillah. Tercapai hasrat ada kek hari jadi.

          Tauke kek terus melayan kami ala kadar. Budak-budak yang beli kek span 9cm, apa yang dia nak herankan. Aku sempat tarik nafas panjang sebelum keluar kedai. Nak merasa kek dengan baunya. Sedap! Baki syiling 20sen aku masukkan dalam kocek seluar. Basikal merah aku kayuh dengan Zu membonceng di belakang. Dalam fikiran dah terbayang muka gembira mak, ayah dan adik-adik. Hari ini ada kek hari jadi.

          Sampai di halaman rumah, aku lihat mak sedang mengangkat baju di jemuran. Aku lambai, sambil tunjukkan kotak kek di tangan Zu. Mak tersenyum. Betul gambaran aku tadi. Mesti mak gembira. Masuk ke rumah, ayah tengah baring di ambal. Mungkin penat seharian berkebun menanam jagung. Adik-adik pula tengah bermain dengan congkak buatan ayah. Kayu panjang yang dilubangkan 16. Guli pula digantikan dengan batu yang aku pungut di tepi jalan.

          “Kak, cepat la. Adik kira 1,2,3 kita nyanyi sama-sama tau.” Zu nampak sangat teruja. Begitu juga Yaya dan adik bongsu, Boboi. Satu… Dua… Tiga…

          “Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi ayah, selamat hari jadi!” Kek sebesar 9cm aku halakan ke muka ayah. Ganjarannya, pipi aku dapat ciuman daripada ayah. Begitu juga Zu, Yaya dan Boboi. Ciuman tanda terima kasih. Aku tau, ayah dan mak mesti rasa terharu. Sebab aku nampak mak kesat air mata walaupun dia cuba tersenyum depan kami semua.

           Kek 9cm itu mak bahagikan kepada enam bahagian. Cukup sekali suap, kek tadi hilang daripada pandangan. Selamat masuk ke perut masing-masing.

                                          *                          *                          *


          Kek span 9cm, perisa coklat. Kek hari jadi pertama dalam keluarga kami. Mungkin tiada makna bagi sesetengah orang. Tapi, yang pertama itu selalu jadi yang paling indah. Aku dapat rasakan perasaan itu sampai sekarang. Jadi, mesti korang dah faham kenapa aku bagi budak perempuan comel tadi kek 1kg, kan? Sebab aku tau macam mana perasaan ada kek hari jadi 9cm.

         Aku telek jam. Dah sejam berlalu. Sepatutnya aku dah sampai ke Pasar Seni. Tapi, kenapa aku masih duduk dalam keretapi terapung ni? Shit! Aku terlajak stesen. Sekarang dah pun sampai ke stesen Kelana Jaya.

          Aku bergegas bangun. Memastikan beg sandang di belakang, aku terus meluru keluar. Menunggu kedatangan keretapi satu lagi untuk bawa aku kembali ke stesen Pasar Seni yang dah terlepas tadi. Sambil menunggu, aku didatangi seorang lelaki kacak. Bertanyakan arah nak ke Central Market. Aku katakan arah kami sama. Dia mengajak aku berborak. Nama dia Mika. Orang Kuala Lumpur, tapi tak pernah naik keretapi. Mungkin anak orang kaya agaknya.

          Kami bersembang mesra sampai masuk ke dalam keretapi, sampai ke stesen Pasar Seni. Kami berjalan sama-sama ke arah Central Market yang dia tanya tadi. Hampir berpisah, dia minta aku tunggu dia. Katanya mau ambil sesuatu.

            5 minit aku tunggu.

          Mika datang balik. Kali ini ada kotak kek di tangannya. Kenapalah hari ini aku asyik bertembung dengan manusia dan kek. Mika bagi aku kek Secret Recipe. Dia kata, makan nanti. Muka aku pucat, patut makan kek yang manis, biar manis katanya. Aku senyum. Lepas ucap terima kasih, aku berjalan ke arah stesen bas. Mesti aku kena marah dengan Nona. Dah lama dia tunggu aku.

          Dalam perjalanan ke arah Nona, aku buka kotak kek yang Mika bagi. Sebetulnya, aku tengah lapar. Sepotong kek coklat indulgence yang memang aku gemar. Sebaik buka kotak kek, aku nampak ada 10 angka tertulis dalam kotak di bahagian atas. 10 angka beserta nama MIKA. Di bawahnya tertulis, “Rasa kek mungkin hilang selepas awak habiskan kek ini. Tapi apa yang awak rasa sekarang akan kekal untuk satu tempoh masa yang lama. Call saya.”

          Aku pandang kek coklat pemberian Mika. Oh, kek span 9cm!

Thursday, September 6, 2012

Mimpi



Di saat kau terleka
Menikmati segala rasa
Diulit perasaan penuh bahagia
Ada suara yang didengari
Berusaha membangunkan kau dari mimpi.

Apa sebenarnya yang kau ingini
Tika kini kau berhadapan realiti
Yang selalunya tak semanis mimpi.

Namun usah dikhuatiri
Apapun yang akan terjadi
Kerna realiti
Terkadang jauh lebih manis dari hanya sebuah mimpi.

Teruskan bermimpi
Kerna di situ bermula apa yang kau impi.

Wednesday, July 11, 2012

lelaki berkemeja kotak

Wahai lelaki berkemeja kotak
teruslah bersifat segak
usah teragak-agak
teruslah mencipta rentak

teriak saja bila perlu
usah malu
lari saja laju-laju
usah tersipu
selak saja laju-laju
buku kisah hidupmu
usah terpaku
pada halaman yang satu.

rindu

Tak usah bersusahpayah teriak rindu
kerna rasa itu tak mungkin kan berlalu
sama seperti kau tak mungkin kembali ke masa lalu
dan tak mungkin jua kau upaya hentikan waktu

rindu tak mungkin kan hilang dengan sendu
kerna rindu itu mungkin juga bakal menghiris luka baru

diamkan saja rasa rindu itu
kerna kau perlu tau
ada ketikanya menjeruk rasa itu perlu
untuk kebaikan kau dan aku.

Wednesday, June 27, 2012

Kenangan Itu

Kenangan itu
Biar hari-hari berlalu
Meninggalkan kenangan yang beribu
Namun, kau masih kenangan yang paling ku rindu

Pernah cuba untuk melupakan
Bukan kerna mau hapuskan kenangan
Cuma terkadang ketika walang
Aku semakin rindu mengenang

Ku akui salahku melangkah pergi
Lantas meninggalkan kau sendiri
Tapi, aku cuma menurut kata hati
Yang inginkan kau terus berbakti

Setelah sekian lama kau menyepi
Kini kau kembali menyapa
Walau pedih rasa hati
Ku ukirkan senyuman mesra

Ada perkara kau tak perlu tau
Tentang diri aku
Yang sememangnya masih menanti
Walau kau kini punya pengganti

Izinkan aku terus menyimpan kenangan itu
Dan mengabdikan ia dalam hidupku
Kerna walau ke mana pun kau tuju
Namamu tetap meniti di bibirku

Tuesday, June 26, 2012

Pelakon Terbaik

Seringkali kita mendengar kata-kata,
"dunia ini pentas lakonan, dan kita semua adalah pelakonnya."
Ya, ada benarnya.

Setiap yang berlaku pada kita,
semuanya telah ditentukan olehNya.
Tapi, itu tidak bermaksud kita harus menyerah bulat-bulat pada takdirNya.

Bicara mengenai pelakon dan lakonan, apa maksud pelakon terbaik?
Adakah dia yang jalan hidupnya indah, penuh warna-warni?
 Atau dia, yang hidupnya penuh calitan duka?
Atau dia, yang selalu mau nampak indah, padahal pada dasarnya penuh terlakar garis-garis pilu lagi nyilu.

Sahabat, hidup ini penuh dengan warna-warni,
 sehinggakan ada yang menyatakan kehidupan ibarat lukisan kanvas.
Lantas, apa yang mahu kita lakarkan pada kanvas putih itu?

*Aku tidak perlukan pengertian kalian pada setiap garis lukisanku.
Kerna aku yakin, kalian punya banyak cerita lain yang mau difikirkan.

Wednesday, May 16, 2012

Penipu!

Aku yakin, kita semua adalah penipu. Penipu yang sangat licik. Kalau tak berkali-kali, mesti sekali kita pernah menipu. Jangan bilang kau tak pernah menipu, sebab nampak benar yang kau tengah menipu!

Tiap kali rasa sakit hati, kecewa dan hampa, tika kita diajukan dengan pertanyaan, "Kau okey?"
Lantas, apa jawapan yang dijamu? Apakah benar jawapan yang dituturkan oleh ulas bibirmu? Atau jawapan sekadar menyenangkan hati yang bernama sahabatmu?

Aku menipu bila aku katakan aku bahagia bila kau bahagia, kerna apa yang ku rasakan hanyalah gembira.
Aku gembira bila kau ceria dengan bahagia yang kau miliki kini.
Tapi aku tidak pernah rasa bahagia dengan kegembiraan ini.
Aku masih terkial-kial mencari bahagia kerna jelas gembira ini tidak pernah buat aku rasa bahagia. 


Thursday, May 10, 2012

Setia

Ada yang bilang setia itu enteng! Mudah dan tidak rumit.
Ya, mungkin juga. Kerna yang perlu bila setia hanyalah SETIA.
Tidak perlu mengarang cerita yang biol, tidak perlu berlakon berlandaskan skrip ciptaan sendiri.
Apa yang penting, hanya perlu jujur, ikhlas dan teguh!

Tapi, ada yang bilang setia itu susah. Payah dan amat rumit sekali.
Ya, mungkin juga. Kerna yang perlu bila mau setia adalah pengorbanan yang tidak ternilai.
Setia punyai nilai yang teramat tinggi. Hanya mereka yang ikhlas akan sanggup setia.
Siapa kata ikhlas itu mudah?
Percayalah, mereka yang mengatakan diri mereka ikhlas belum pasti dia benar-benar ikhlas.
Tak percaya? Ingat kembali satu-satunya perkara yang pernah kita benar-benar ikhlas lakukan.
Apakah selepas itu kita tiada sebarang rungutan?
Apakah selepas itu kita tiada sebarang ketidakpuasan hati?
Ikhlas tak perlu dibalas.

Begitu juga setia. Mengapa mempersoalkan kesetiaan orang lain bilamana kita rasa sakit hati dengan ketidaksetiaan dia?
Adakah itu maksudnya ikhlas dalam setia?

Aku tidak bermaksud perlu setia membabi buta. Kerna itu bodoh namanya!
Aku, Kau, Kita semua sebenarnya tau bila kita perlu setia atau tidak.
Cuma, yang sering membuatkan kita keliru adalah apabila kehendak kita ternyata tidak selari dengan ketentuanNya.
Belajarlah untuk setia dengan ikhlas.
Kerna, bilamana kita ikhlas untuk setia, kita akan rasai manisnya setia itu.
Jika kesetiaan kita dibalas dengan kecurangan, ikhlas akan memadamkan rasa sakit itu.

Setia itu mudah dan payah!

Thursday, November 3, 2011

Semalu yang pemalu!

                                                           (credit to mr google)

Indahnya semalu sering diabai
hanya dipandang sebagai rumpai
hanya mereka yang bijak pandai
bisa merungkai nilai yang pelbagai.

Begitulah jua muslimah sejati
sering diri dipandang sepi
hanya mereka yang punyai hati
bisa mengedari keindahan puteri.

Bila disentuh kuncup daunnya
tiba masanya kembali terbuka
harus begitu rasa malunya wahai wanita
kena pada masa dan ketika
malu-malu manislah kalau kau gadis
andai tak mau kelak kau menangis.

Semalu itu durinya tajam
bisa menghiris luka yang dalam
harga diri dan maruah harus kau pertahankan
dengan ketajaman akal fikiran.

Akar tunjangnya mencengkam bumi
membuatkan semalu tegar melata
keterikatan yang kuat pada Ilahi
itulah nilai seharusnya pada wanita.

Kuncupnya sendiri di kala senja
mengerti ia aturan bumi
begitu hendaknya dirimu wanita
kembali ke rumah di senja hari.

Sungguh indah ciptaan Ilahi
bagi mereka yang mahu memahami.

Friday, August 6, 2010

man in my heart =)

he is someone who wants to catch me before I fall, 
but instead picks me up, 
he brushes me off, 
and lets me try again.

he is someone who wants to keep me from making mistakes, 
but instead lets me find my own way, 
even though his heart breaks in silence when I get hurt.

he is someone who holds me when I cry, 
scolds me when I break the rules, 
shines with pride when I succeed, 
         and has faith in me even when I fail...


dad, I love U soooo much...
~happy birthday...may Allah bless U.
long live, prosperity, successful n happy life forever =)


Today is his birthday...even though i can't c his face, (i had call him early morning)
I know, now he sad n I can see tears from his eyes.
Dad, I know, i'm not a good daughter... But, i always try to give u my all.....

Wednesday, November 18, 2009

kEk spAn 9Cm


This story written by juneashr a.k.a my sis...


KEK SPAN 9cm



Petang itu, Ila mengajak adiknya ke kedai kek. Hasil tabungannya dan si adik beberapa hari lepas digenggam kemas. Hajat mereka mesti dilaksanakan hari ini juga. Beberapa langkah lagi ke kedai kek milik perempuan cina Ila sempat bertanya pada si adik.

"Berapa ya harga kek tu? Harap-harap tak mahal sangat."
Si adik menjawab: " Entah la kak, kalau tak silap ari tu adik tengok Rm 2.80. Tak tau la kalau dah naik harga. Harap-harap tak kan kak.."

Ila cepat-cepat mengira wang ditangannya. 20 sen, 1 ringgit, 2 ringgit setengah, tiga ringgit...

" Kita ada RM3 je dik." " Kalau tak cukup kita beli benda lain je boleh.?"
"Hmm... Nak beli ape kak. Nak sambut hari jadi kena la beli kek. Tak ade kek kita nak smbut dengan apa?" Si adik menjawab sedih.

Setibanya mereka di kedai itu, si adik terus menarik Ila melihat ke dalam cermin kaca. Setelah membuat pembayaran, dengan wajah yang ceria Ila dan adiknya balik ke rumah. Baki 20 sen disimpan dalam kocek seluar.
Dari luar rumah, Ila melambaikan tangan pada emak sambil menunjukkan kek yang baru dibeli. Emak hanya membalas dengan senyuman.

" Kak, cepat la... Adik kira 1,2,3 kita nyanyi sama2 tau..."

Satu... Dua... Tiga...

"Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi ayah.... Selamat hari jadi..." Kek sebesar 9cm ini dihalakan ke muka ayah. Sempat juga si ayah mencium pipi Ila dan ketiga-tiga adiknya. Tanda terima kasih.

Jelas tergambar riak terharu pada wajah tua ayah. Begitu juga emak. Kek 9cm itu kemudiannya dibahagi kepada 6 bahagian.

Biarpun ia habis dengan sekali suap, namun ia begitu bernilai bagi Ila sekeluarga kerana itulah kek hari jadi pertama yang mampu mereka beli.
Kek span 9cm...

It means a lot to me... thanks sis...
Maybe she doesn't know, how much I love her cause i never ever told her 'bout it...




Do I need to talk 'bout it when I can show/express my love with my action?~