Thursday, January 12, 2012

Memori Semalam: Bab 4

Sekali lagi dia menoleh ke arah Ima yang sedari tadi muncung di sebelahnya. Dia menggelengkan kepalanya mengenangkan perangai Ima yang tak ubah seperti kanak-kanak tak cukup bulan. Kasihan dia melihat riak muka Fatihah sebelum mereka berpisah tadi.
“Err, kak Ima, sorry ye, budak-budak kat sini salah faham pulak.” Fatihah segera memegang tangan kak Ima sebaik sahaja melabuhkan duduknya di sebelah Mikhail.
“Ish, akak okey je la.” Sedikit hambar suara kak Ima pada pendengarannya.
“He he.. Fatihah ingatkan akak marah tadi. Tengok muka akak masam je. Akak la, siapa suruh tunjuk Fatihah kat Nubhan. Tak pasal-pasal buat free show malam ni.” Fatihah seboleh-bolehnya cuba menceriakan kembali kak Ima yang nampak tidak gembira dengan apa yang baru sahaja berlaku.
“Sesekali, apa salahnya Fatihah.” Kedengaran suara Mikhail menyampuk perbualan mereka.
 “D, yang you pergi menggedik nyanyi sekali kat depan tu kenapa? Puas I kena gelak dengan budak-budak terencat akal ni semua.” Mulutnya dimuncungkan ke arah sekumpulan gadis di meja hadapan mereka yang nampak begitu berminat dengan Mikhail.
Sakit hatinya apabila ada di kalangan mereka yang berani mengatakan dia perasan Mikhail tu boyfriend dia, padahal sudah terang-terangan Mikail sukakan Fatihah. Dan dia pun bukannya buta untuk menilai setiap pandangan Mikhail terhadap Fatihah.  
          “Ala, I dah lama tak nyanyi. Kebetulan lagu tu favourite I.” Jawapan selamba Mikhail itu menaikkan lagi darah Ima yang sedari tadi menggelegak. 
“Ye la tu. Bukan I tak tau you ni pantang tengok yang dahi licin. Mulalah menggatal.”
Tersentak Fatihah mendengar kata-kata kak Ima itu. Mikhail pula berubah mukanya tatkala pandangannya bertembung dengan Fatihah. Jelas terpancar rasa bersalah di wajah mulus gadis itu.
“Dah la. I nak balik. Fatihah, nanti kita jumpa lagi ye. Akak dengan D ada hal sikit ni.” Tergesa-gesa kak Ima mahu pergi dari situ.
You nak pergi mana pulak?” Sedikit pelik Mikhail mendengar kata-kata Ima itu.
“Kan you janji nak supper kat Hilton?” Tersungging senyuman manis di wajah Ima tanda ingin memujuk Mikhail untuk pergi bersamanya.
“Tapi, tak kan you tak nak ajak Fatihah sekali?” Mikhail semakin pelik dengan telatah Ima. Padahal bukannya mereka sudah merancang pun mahu ke Hilton.
“Ish, tak pe la Mikhail.  I nak balik cepat.” Cepat-cepat Fatihah mematikan perbalahan antara Mikhail dan kak Ima.  
“Kan I dah cakap dengan you D, supper ni kita berdua je.” Geram hatinya melihat Mikhail yang nampak beria-ia mengajak Fatihah.
“Ok lah kak Ima, Fatihah balik dulu.” Tangan dihulurkan beserta senyuman. Kak Ima menyambut tangannya dengan jelingan tajam. Dia faham maksud jelingan itu, “jangan kacau Mikhail!”
“Fatihah, hope that you didn’t mind if I have your hand phone number?” Soalan itu sekali lagi menaikkan darah Ima. Menyesal pula dia memperkenalkan Fatihah kepada Mikhail.
“Hah?” Terasa jatuh rahang Ima mendengar soalan Mikhail itu. Fatihah pula nampak serba salah bila Mikhail sudah pun mengeluarkan iphonenya.
Tak mahu berlama-lama di situ, Fatihah segera memberikan nombornya dan segera dia memeluk kak Ima, meminta diri beredar dari situ. Makin lama dia berada di situ, semakin marah kak Ima kepadanya.
 “You teringatkan budak tu lagi ke?” Soalan Ima mematikan lamunan Mikhail. Nasib baik mereka berhenti di tepi apartment Ima. Kalau semasa memandu dia disergah sebegitu rupa, mahu dia terpulas steering kereta.
You kenapa nak marah-marah kat Fatihah? Dia tak buat apa-apa salah pun dekat you.” Mikhail sedikit tidak puas hati dengan tindakan Ima terhadap Fatihah tadi.
You tak kenal dia lagi memanglah semuanya you nampak baik. Kalau you nak tahu, Fatihah tu playgirl. Tak cukup dengan sorang lelaki, semua pun dia nak.” Ima cuba meracuni fikiran Mikhail tentang keburukan Fatihah.
 “Ish, tak baik you cakap kawan sendiri macam tu. I tengok dia baik je.” Sungguh Mikhail rasa sakit hati Ima memburuk-burukkan wanita yang mula mendapat tempat dalam hatinya itu.
“Memanglah dia nampak lemah lembut, ayu. Tu la aset dia untuk mengikis mangsa-mangsanya. I tak nak you jatuh dalam perangkap dia. Walaupun dia antara kawan I yang banyak tolong I, tapi kalau bab perangai playgirl dia memang I tak tahan.” Mikhail hanya memandang kosong ke arah Ima yang galak bercerita tentang keburukkan Fatihah.
“Tuah tu siapa?” Teringat dia soalan Ima yang dibiarkan Fatihah tanpa jawapan sebentar tadi. 
 “Kalau you nak tahu, Tuah tu mangsa last dia. Anak Datuk Mursyid.” Ima merasakan agendanya mula tercapai. Mikhail seakan-akan mula termakan ceritanya tentang Fatihah.
 “Oh, really? Datuk Mursyid yang Syarikat Maju Holdings tu?” Terkejut Mikhail mendengar nama yang sememangnya gah dalam persana perniagaan bumiputera.
Yes, darling.”  Terpancar senyuman puas di wajah Ima kerana dia yakin Mikhail mula mempercayai kata-katanya. Hampir semua orang tahu yang Tuah sekarang berada di luar negara kerana putus cinta. Dan, sudah pasti putus cinta dengan Fatihah.
*                                  *                                  *
Mikhail memegang iphonenya sambil berkira-kira mahu menelefon Fatihah. Hatinya bagai membuak-buak dengan perasaan marah dan ingin tahu kebenaran cerita Ima sebentar tadi. Bagi dia, tak mungkin gadis sepolos Fatihah berkelakuan begitu.
Segera panggilannya dimatikan tatkala melihat jam dinding menunjukkan tepat jam 3 pagi. Mungkin Fatihah sudah lena dengan mimpi indahnya. Ligat tangannya menaip mesej dan senyuman kepuasan diukir setelah mesej dihantar kepada gadis yang dipujanya dalam diam itu.
Mikhail merebahkan badannya ke atas katil king size yang bercadarkan biru lembut, warna kegemarannya. Segera kenangan dia menyanyi dengan Fatihah tadi terlayar di mindanya. Dia benar-benar memaksudkan setiap lirik lagu yang dinyanyikannya kepada Fatihah. Seronok dia melihat wajah kemerah-merahan Fatihah apabila matanya tidak lepas daripada memandang wajah gadis tersebut.  Mata dipejamkan sambil bayangan Fatihah menari-nari di matanya. Dia tersenyum sambil mengharapkan mimpi-mimpi indah dalam tidurnya kali ini.
*                                  *                                  *
Never blame a day or night in life. Good days and nights give you happiness and bad gives you experience. Have a blessed night.-Mikh”
Terkejut Fatihah mendapat sms begitu tatkala membuka blackberrynya sebaik sahaja bangun subuh tadi. Mikh? Teringat dia Micheal, kawannya yang telah lama menyepikan diri sebaik sahaja berhijrah ke Sabah atas tuntutan kerja.  Dia tersenyum dan pantas kaki dihayunkan ke arah almari pakaiannya. Pakaian sukan dikeluarkan kerana sekejap lagi dia hendak ke Taman Tasik Titiwangsa untuk menjalankan rutin biasa hujung minggunya. Tak sedap rasanya badannya kalau tak pergi jogging setiap hujung minggu.
Tudung sarung gaya Ekin disarungkan ke kepalanya dan kasut sukan di rak kasut dicapai sambil kakinya melangkah ke pintu depan rumah. Terkejut dia melihat ruang tamu yang berselerak. Dia tau, mesti kak Mona bawa balik kawan-kawan semalam semasa dia sudah lena di katilnya.  Dia memasukkan kasut ke dalam kereta dan enjin kereta dihidupkan.  “Morning Bobo. Sihat hari ini? Kejap lagi Fatihah balik, Bobo mandi ye. Sekarang ni, Bobo breakfast dulu ye, sayang.”
Ligat tangannya menukar alas sangkar Bobo dan dituangnya makanan ke dalam bekas makanan Bobo dan botol air yang kosong dipenuhkannya dengan air paip.  Selepas membelai-belai Bobo dan yakin enjin keretanya sudah panas, dia menapak ke arah keretanya. Terus kereta dihalakan ke destinasi yang hendak dituju. Sebaik sampai di kawasan parking Taman Tasik Titiwangsa, dia teringat mesej Micheal pagi tadi. Segera tangannya mencapai blackberrynya di sisinya dan nombor Micheal didailnya. Dia yakin Micheal sudah bangun pagi-pagi begini kerana rutin tugasan rakannya itu menjadikan dia seorang yang berdisiplin. 
Hello darling. How are you? Missing me, right?” Berderau darah Mikhail tatkala mendengar suara mendayu-dayu Fatihah. Tadi lenanya dikejutkan oleh deringan iphonenya yang betul-betul di tepi telinganya. Melihatkan nama Fatihah, segera dia menjawab panggilan tersebut. Dan, dia tidak menyangka akan menerima sapaan penuh manja daripada gadis tersebut.
 “Err, Fatihah.” Gulp!
Sorry, siapa ni?”
“Mikhail.”
Dush! Dush!  Terasa mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya ke simen tempat letak kereta itu. Kenapalah dia tidak terfikirkan Mikh tu Mikhail. Sangkanya Mikh tu Micheal, kawannya yang memang suka bergurau sejak dulu.  “Erm, sorry Mikhail. I ingat kawan I, Micheal.”
“Its ok. How did you know that I missed you?” Soalan Mikhail itu ternyata mengundang debaran di dalam hati Fatihah.
“Err…” Terkelu lidahnya mahu membalas kata-kata Mikhail itu.
Just joking. You kat mana, Fatihah?” Terasa lembut sahaja nama itu meluncur dibibirnya.
“I baru nak jogging. Sorry ganggu tidur you.” Terkesan olehnya suara serba salah Fatihah.
 “Tak pe. I pun ingat nak jongging. Tunggu tau.” Segera talian dimatikan.
Terkedu Fatihah memandang blackberrynya. Ish, masalah betul, desis hatinya. Tanpa memikirkan kata-kata Mikhail sebentar tadi, segera langkah diayunkan. Dia mahu jogging dengan tenang seperti hari-hari yang lalu. Mp3 dipasangkan di telinga dan matanya fokus ke hadapan. Buat masa inilah dia rasa begitu tenang. Hilang sekejap segala masalah yang ditanggungnya.
Lain pula jadinya dengan Mikhail. Jantungnya berdegup kencang selepas bercakap dengan Fatihah sebentar tadi. Kata hati segera menidakkan kata-kata Ima semalam. Ya, dia harus mencari kebenaran kata-kata Ima itu. Hati lelakinya yakin Fatihah bukan gadis seperti yang digambarkan Ima kepadanya, kerana dia sudah masak dengan sifat wanita pengikis yang banyak cuba mengambil kesempatan terhadapnya. Tanpa mandi dengan sempurna, segera t-shirt sendat berwarna kuning muda dan track suit separas lutut disarungkan ke tubuh sasanya. Tak sabar rasanya berjumpa Fatihah!

No comments: