Showing posts with label Kembara Mencari Cinta. Show all posts
Showing posts with label Kembara Mencari Cinta. Show all posts

Monday, August 19, 2013

Kembara Mencari Cinta : 5

Kembara Mencari Cinta : 1
Kembara Mencari Cinta : 2
Kembara Mencari Cinta : 3

Tik Tok Tik Tok.
Masa. Adakalanya seperti berlalu dengan laju. Adakalanya pula seakan tidak mau maju.
Masa. Juga menjadi penawar yang paling mujarab kala tiada lagi pilihan yang bisa diseru.

Masa lalu, ia suatu yang indah untuk dilawati,
namun bukan sesuatu yang pantas kau duduki. 

Masa lalu, biarkan terus berlalu.
Ada dia di masa kini untuk kau sandarkan bahu. 

Masa. Terima kasih atas segalanya. 

*Ada kalanya kita rasakan impian kita itulah yang paling pantas untuk kita, hinggakan kita terlupa pada Dia yang lebih baik perkiraanNya. 

Saturday, September 22, 2012

Kembara Mencari Cinta: 4

Kembara Mencari Cinta : 1
Kembara Mencari Cinta : 2
Kembara Mencari Cinta : 3

Bila sendiri, rasa aneh itu terkadang muncul hingga mampu menerbitkan air mata. Derita.
Seringkali diri terasa kuat bila berada di kalangan mereka. Gembira yang berpura.
Namun, terasa diri lemah selemahnya bila saja tinggal sendirian saja. Hampa, kecewa.

Pegang telefon genggam. Lepas. Pegang lagi. Tekan papan kekunci. Padam. Tekan-tekan lagi. Padam.

Nama yang dah lama tertulis dalam hati, masih degil, tak mau terpadam.
Rasa aneh itu pun masih belum boleh dihadam.
Padam!

Monday, April 23, 2012

Kembara Mencari Cinta : 3

Kembara Mencari Cinta : 1
Kembara Mencari Cinta : 2

Jejaka : Saya minta maaf untuk semua yang telah terjadi. Bagi saya, inilah kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan sepanjang kehidupan saya.

Gadis A : *diam*

Jejaka : Kebisuan awak makin membuatkan saya sakit hati. Awak ingat senang saya nak buat keputusan ini?

Gadis A : *diam*

Jejaka : Kadangkala saya rasa saya sudah tak kenal siapa awak. Awak dulu dan sekarang sangat berbeza.

Gadis A : Jadi, itu sebabnya?

Jejaka : Maksud awak?

Gadis A : Awak singkirkan saya sebab saya dah berubah?

Jejaka : Saya terpaksa. Gadis B ugut untuk bunuh diri kalau saya pilih awak.

Gadis A : Mungkin awak masih tak sedar yang awak memang seorang pembunuh.

*klik*

Tika ini, dunia terasa sepi
Seolah-olah tiada siapa di sisi
Tangisan dan airmata 
Seolah-olah teman yang setia.

Ketika dirimu dilukai
Ambillah waktu untuk sendiri
Jelajahi perasaan itu dengan teliti
Biar tiada apa yang berbaki

Bukan mengajar kamu untuk membenci
Bukan juga untuk menyakiti
Apatah lagi melukai
Cuma, 
Ingin kamu sedar
Bahawa kamu bisa tegar 
Selagi matahari tidak pudar~

*Jangan pernah bercinta andai hati belum tersedia untuk terluka.

Friday, April 20, 2012

Kembara Mencari Cinta: 2

Kembara Mencari Cinta: 1

Setelah beberapa minggu berlalu.....

Jejaka : Kenapa awak jarang hantar sms kepada saya kebelakangan ini?

Gadis A : Saya sibuk, macam-macam perkara yang saya perlu uruskan.

Jejaka : Awak masih tak berubah.

Gadis A : Ya, termasuk hati saya. Cuma awak yang dah banyak berubah.

Jejaka : Ya. Sebab awak selalu tak ada untuk saya.

Gadis A : Saya tau. Gadis B yang selalu di sisi awak kan?

Jejaka : Saya harap awak faham keadaan saya. Kita berjauhan dan Gadis B ada dekat dengan saya.

Gadis A : Saya faham. Awak jauh di mata saya, tapi sentiasa dekat di hati saya. Walau awak tiada bila saya perlukan bantuan, saya faham. Kalau awak ada dekat mesti awak akan bantu saya.

Jejaka : Awak ada masalah? Kenapa tak bagitahu saya?

Gadis A : Saya tak nak peningkan kepala awak. Saya tahu awak sendiri punya banyak masalah yang perlu diselesaikan.

Jejaka : Siapa bagitahu awak masalah saya?

Gadis A : Gadis B.

Jejaka : Ha? Gadis B ada hubungi awak?

Gadis A : Ya.

Jejaka : Atas tujuan apa?

Gadis A : Untuk berkawan.

Jejaka : Dan, awak terima dia sebagai kawan?

Gadis A : Kalau itu yang dia mahukan.

Jejaka : Habis tu, diri awak? Apa yang awak mahukan?

Gadis A : Saya cuma mahukan awak gembira dan bahagia.

Jejaka : Awak fikir saya boleh bahagia bila ada awak dan si dia?

Gadis A : Awak sendiri ada jawapannya. Saya tak tahu.

Jejaka : Sampai bila awak sanggup tunggu saya?

Gadis A : Sampai awak dah tak mahukan saya.

Jejaka  : Kalaulah Gadis B macam awak.

Gadis A : Maksud awak?

Jejaka : Si dia suruh saya pilih antara awak dan dia.

Gadis A : Terpulanglah pada awak untuk buat apa pun keputusan.

Jejaka : Awak macam langsung tak kisah pasal saya. Awak dah tak sayangkan saya?

Gadis A : Saya yakin awak ada jawapannya.

Jejaka : Awak buat saya makin keliru.

*Sakit yang hampir tak tertanggung akan menyebabkan kita kehilangan suara kerana tenaga sudah habis dikerahkan untuk menahan kesakitan itu. Untuk itu, berdiam diri adalah pilihan yang paling tepat.

Thursday, April 19, 2012

Kembara Mencari Cinta : 1

Gadis A : Maaf, saya terlupa semalam ulang tahun kelahiran awak. Selamat ulang tahun, semoga panjang umur, murah rezeki serta berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.

Jejaka : Terima kasih. Awak tahu siapa insan pertama yang ucapkan "Selamat Ulang Tahun"?

Gadis A : Siapa? Mak awak?

Jejaka : Ya, dan keduanya kawan baik saya.

Gadis A : Oh, ya? Siapa kawan baik awak tu?

Jejaka : Seorang perempuan.

Gadis A : Setahu saya awak tidak pernah punya kawan baik perempuan selain saya sebelum ini. Betul kan?

Jejaka : Ya, betul. Tapi sejak awak jadi teman istimewa saya, awak selalu tak ada masa untuk saya. Jadi, baru-baru ni saya rapat dengan seorang perempuan.

Gadis A : Ya, saya tau saya sangat sibuk dengan semua urusan duniawi yang tidak pernah putus-putus. Bila awak kenal dia?

Jejaka : Beberapa bulan yang lepas. Itu pun selepas saya ikut semua cadangan awak.

Gadis A : Cadangan saya?

Jejaka : Ya, awak cadangkan saya untuk menyibukkan diri dengan program-program kemasyarakatan macam awak. Daripada situlah saya kenal dia.

Gadis A : Mesti dia seorang yang istimewa kan?

Jejaka : Kenapa awak cakap begitu?

Gadis A : Sebab awak tak pernah tegur perempuan secara berdepan. Apatah lagi rapat dengan mereka.

Jejaka : Ya, awak memang memahami saya.

Gadis A : Sebab awak istimewa untuk saya.

Jejaka : Saya tau. Awak seorang yang setia dan terbuka.

Gadis A : Dan sekarang, awak sudah punyai dua orang kawan istimewa.

Jejaka : Maafkan saya. Saya tak mampu nak halang perasaan saya pada dia. Tapi, dalam masa yang sama, saya tetap sayangkan awak.

Gadis A : Saya faham. Layanlah dia sepertimana awak layan saya.

Jejaka : Awak langsung tak marah atau sedih?

Gadis A : Awak sendiri punya jawapan untuk soalan itu.

*Kalau kita memang sayangkan seseorang itu, kita tak kan mampu sayangkan orang lain, kerna sudah tiada ruang untuk orang lain itu. Tapi kita memang sangat pemurah sebab berjaya sayangkan dia dan dia dalam masa yang sama. Tahniah!~