hidup ini terlalu indah... dan,
Allah itu Maha segalanya....
hari ini, aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi yang fana ini.
walaupun ari ini aku kehilangan sesuatu, tapi aku tau, aku masih ada DIA.
aku lebih ingat DIA bila aku rasa aku keseorangan, bila aku rasa kesunyian...bila aku rasa aku dahagakan kasih....
tapi, DIA sentiasa ada tak kira aku keseorangan atau tidak..
DIA sentiasa ada tak kira aku sibuk atau sunyi sekalipun...
DIA sentiasa ada ketika aku kenyang, lapar maupun dahagakan kasih...
selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA menghampiriku...
namun kenapa hati ini selalu susah untuk benar-benar mencintai DIA???