Aku yakin hampir semua daripada kita akan mengalami delima hampir setiap ketika.
Delima untuk membuat kesimpulan dan selanjutnya memilih keputusan tentang sesuatu tindakan.
Seringkali kita tersilap membuat andaian dan kesimpulan sehinggakan kita rasa tindakan yang telah kita ambil itu bukanlah satu tindakan yang benar-benar tepat.
Adalah sangat penting untuk menimbang setiap satu situasi sebelum membuat kesimpulan dan merancang tindakan.
Adalah sangat PENAT apabila kita membuat satu-satu kesimpulan yang negatif berbanding positif.
Dan, selanjutnya, tindakan yang akan diambil juga akan sangat memenatkan ekoran konklusi yang negatif tadi.
Contohnya,
Seorang girlfriend/boyfriend tidak mendapat khabar berita daripada boyfriend-/girlfriendnya untuk tempoh yang lama (ambil contoh 1 hari -lama ke tu??) ATAU bila menelefon si boyfriend/girlfriend, asyik masuk voicemail.
- Kesimpulan negatif : Dia dah lupakan aku! ATAU Dia mesti sibuk dengan awek/pakwe lain! ATAU Dia langsung tak ambil peduli tentang aku!
- Tindakan yang negatif : Cuba menelefon sampai dapat. Hantar sms macam-macam menyatakan rasa hati.
- Hasil : Rasa sangat sakit hati bila call tak dapat, sms tak reply.
* Tahukah anda, tindakan itu akan buat kita rasa sakit hati dan mula menjadi negatif? Bila kita rasa sakit hati, memikirkan perkara yang bukan-bukan, dan berkata-kata yang bukan-bukan kononnya untuk melegakan rasa sakit hati itu, kita seolah-olah mendoakan perkara-perkara yang tidak baik. Bukankah kata-kata itu satu DOA?
* Tahukah anda, tindakan anda itu juga menggambarkan betapa keanak-anakannya kita kerana tidak berjaya mengawal emosi! Memang aku akui being matured itu amat payah.
* Dan, kita akan rasa sangat menyesal dengan salah sangka kita apabila mengetahui perkara yang sebenar disebalik 'kehilangan' dia yang sebenarnya ada kecemasan sehingga tidak sempat memikirkan perihal handphone yang kehabisan bateri.
NAMUN, bila kita lihat sesuatu dari sudut positif,
Contohnya,
Seorang girlfriend/boyfriend tidak mendapat khabar berita daripada boyfriend-/girlfriendnya untuk tempoh yang lama (ambil contoh 1 hari -lama ke tu??) ATAU bila menelefon si boyfriend/girlfriend, asyik masuk voicemail.
- Kesimpulan positif : Mungkin bateri handphonenya dah kong, dan dia tak sempat nak charge sebab dia sibuk dengan segala urusan. Tak mengapa, sebab mengingati bukan sekadar dengan sms atau phone call, tapi dengan mendoakan satu sama lain, itu sudah cukup memadai.
- Tindakan yang positif : Berdoa yang baik-baik agar semuanya selamat dan baik-baik saja.
- Hasil : Rasa kasih dan sayang semakin mekar dan mendalam.
* Tahukah anda, tindakan itu akan buat kita rasa sangat lega dan kepercayaan antara satu sama lain akan semakin meningkat. Sebenarnya, dalam sesuatu perhubungan, rasa saling mempercayai antara satu sama lain amat penting selepas kejujuran. Mudah dituturkan, namun amat sukar dilaksanaka. Tak percaya, cubalah untuk menjadi positif, anda akan tahu kuat atau tidak anda untuk menjadi seorang yang positif!
* Tahukah anda, tindakan anda itu juga menggambarkan betapa anda seorang yang mampu mengawal emosi. Biasanya, pasangan kita (girlfriend/boyfriend) akan selesa dengan pasangan yang mampu memahami dirinya tanpa perlu dia berusaha kuat membuatkan pasangannya faham akan dirinya. (harap anda faham dengan ayat yang agak panjang ini =)).
~maaf andai terdapat kesilapan. Ini hanyalah pandangan peribadi aku yang sememangnya sentiasa mencari makna sebuah kehidupan. Dan, dalam sebuah kehidupan terdapat banyak jenis perhubungan. Ya, aku sedang mencuba untuk memahaminya!
No comments:
Post a Comment