Thursday, November 17, 2011

marah dengan ikhlas!

Amarah itu bila tidak dikawal, bisa membinasakan.

Permulaan yang baik bulan ini membuatkan aku semakin positif tentang sebuah kehidupan.
Dan, aku yakin ujian Allah itu adalah sebab aku selayaknya memang pantas diuji.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”  -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

Pertengahan bulan ini aku benar-benar rasa teruji. 
Sehabis kuat aku cuba bertahan. 
Adakalanya, aku sengaja ingin mengeluarkan airmata bagi menampung sakitnya perasaan ini.
Namun tiada airmata yang keluar.

Akhirnya, semalam airmata itu tumpah juga selepas kemarahan yang aku rasa tidak terbendung lagi. 
Aku pelik, kerna masih ada manusia yang sangat banyak masanya untuk mengkaji dan menganalisis sehinggakan dia lebih arif perihal diri aku berbanding aku sendiri! 
Aku pelik, kerna masih ada manusia yang terlampau suka berpura-pura sehinggakan dia tidak perasan dia telah menunjukkan sikap sebenar dirinya. 

Aku cuba memaafkan mereka, walaupun terpaksa dan tanpa rasa ikhlas.
Kerna bagi aku, ikhlas itu terlampau payah! 

"Aku maafkan kamu,
Tak perlu kita bertemu,
Cukup kau tahu,
Yang aku maafkan kamu,
Tolong teruskan hidupmu,
Jangan sebut namaku!"
-credit to Malique & Jamal Abdillah

Bagi aku, lambat laun rasa ikhlas itu akan datang dalam memaafkan mereka.
Kerna memang sukar mendapatkan sesuatu yang begitu berharga.

Sekarang, apa yang paling berharga pada aku adalah sebuah "keihklasan".
Semoga aku cepat memperolehinya.







No comments: