Usai solat subuh, Fatihah segera menanggalkan telekung yang dipakainya. Sengal-sengal badannya kerana semalam dia terlelap di atas sejadah selepas meluahkan segala isi hatinya pada pemilik-Nya. Lega sungguh dia rasa sebaik sahaja bangun seawal jam enam pagi tadi. Dia perlu cepat kerana dia cuma ada masa kurang sejam untuk bersiap ke tempat kerja. Kalau terlambat, alamatnya terperangkaplah dia di dalam kesesakan jalan raya. Tepat jam 7.45 pagi, dia perlu memastikan punch cardnya sudah diketit. Kalau tidak, merahlah jawabnya dan pada penghujung bulan, selamatlah dia menghadap ketua jabatannya.
Pilihannya hari ini blouse panjang berwarna kuning dan seluar slack hijam digayakan dengan tudung bercorak kuning dan hitam. Pakai seluar, nanti senang mahu bergerak ke sana ke mari serta mudah dia mengangkat pesakit-pesakitnya. Menyedari masa yang berlalu pantas, segera dia mengunci pintu bilik dan kunci kereta dicapai. Setelah memberi makanan Bobo, dia membuka pagar rumah dan bergerak ke arah kereta.
“Assalamualaikum, Fatihah. Morning.” “Waalaikumsalam. Ya Allah, Mikhail. Apa yang you buat kat sini pagi-pagi macam ni?” “Kan semalam I dah janji nak hantar dan ambil you pergi dan balik kerja.” “Ya Allah! Bila masa pula I setuju dengan cadangan bernas you tu.” “Tak kisahlah you setuju ke tidak. Yang pasti, I dah sampai. Jomlah, I hantar you.” “You tahu ke tempat kerja I? Nanti kalau jauh dari office you, you juga yang susah.” “Tak pe. I masuk office lambat.”
“Dah la Mikhail. I pergi sendiri.” Sebaik sahaja Fatihah hendak menghidupkan enjin keretanya, baru dia perasan kereta Mikhail yang menghalang laluan keretanya. Kenapalah dia tak perasan semasa membuka pintu pagar tadi. “You boleh tolong alihkan kereta tak? I dah lambat ni.” Matanya melirik ke arah jam tangan yang sudah menunjukkan tepat pukul 7 pagi. Dia takut, lagi beberapa minit dia tidak bergerak keluar, lambatlah dia sampai ke hospital.
“Kalau I tak nak alihkan?” “Tolonglah Mikhail. I dah lambat ni.” “Kenapa? Sekolah you buat perhimpunan ke pagi-pagi ni?” “You jangan nak naikkan darah I pagi-pagi ni Mikhail. I dah lambat. I tak nak sebab you, I kehilangan patient I.” Sengaja dia berkasar seperti itu. Kalau tidak jangan haraplah Mikhail hendak menghentikan lawak antarabangsanya itu. “Patient? You bukan cikgu ke?” “Mikhail, I tak ada masa nak explain apa-apa buat masa sekarang. I betul-betul dah lambat. Could you please?” rayunya sambil tangan menunjuk ke arah kereta Mikhail. “Jom I hantar you.” Mikhail segera membuka pintu sebelah penumpang untuk Fatihah. Menyedari yang dia sudah agak telat untuk ke hospital, antara mahu dan tidak dia melabuhkan juga punggungnya ke tempat duduk penumpang kereta Mikhail.
Sungguh dia geram dengan tindakan memandai Mikhail pagi ini. Nanti entah macam mana dia nak balik. Naik teksi la jawabnya. “Kenapa you diam je?” “Saja.” “You masih marahkan I?” “You guess?” “Mana I reti nak baca hati you.” “Ni you tahu ke nak ke tempat kerja I?” “A’ah la. Office you kat mana?” Sengihan di bibir Mikhail membuatkan Fatihah semakin bengang. “HKL.” “You cikgu kan? Kenapa nak pergi hospital pagi-pagi ni? Student you masuk wad ke?” “For your information Mr. Mikhail,I bukan cikgu.” “Habis tu? Doktor? Tak sangka I berkawan dengan doktor. Nanti senanglah kalau I sakit.”
“Tak lah. I cleaner je kat hospital tu.” “Ha ha. Tak sangka you pandai bergurau juga ye?”
Tersenyum Fatihah melihat kelakuan Mikhail yang gelak lepas seperti itu. “Ha, kan cantik kalau you senyum.” “Ye la tu Mikhail. Lain kali, you tak payah la nak buat macam ni. I boleh pergi dan balik kerja sendiri.” “Alah, bukan susah pun, office I dekat je dengan HKL tu.” “You kerja mana?” “Ingatkan you tak nak tanya tadi.” “Sorry la. I termarah you tadi. I Cuma tak nak lambat sampai hospital. I banyak kerja hari ini.” “It’s ok. You balik pukul berapa petang nanti?” “Around five.” “Ok, then. Tunggu I petang nanti.” “Tak pe la Mikhail. I boleh balik sendiri.” “No. I ambil you.” “But….” “Nope! I tak suka dengar alasan. Kalau you tak nak tunggu I, I boleh je datang tunggu you nanti.” “Ish, tak payah. Nanti apa kata staf-staf kat situ. Nanti I tunggu you.” “That’s my girl.”
Terpana sekejap Fatihah mendengar ungkapan itu. Itulah ungkapan yang sering Tuah hadiahkan pada dia dulu. Sungguh dia tidak mahu memikirkan tentang Tuah buat masa ini. “Kenapa tiba-tiba you senyap? Kita dah nak sampai ni.” “Tak ada apa-apa. Nanti you tolong dropkan I kat depan sana tu je.” Tangan dihalakan ke bangunan kedua dari pintu masuk HKL. “You phisiotherapist?” “Yup!” “Nasib baik I hantar you. Kalau tak, sampai sekaranglah I ingat you cikgu.”
Mikhail menghentikan keretanya betul-betul di hadapan klinik jabatan fisioterapi. Fatihah statik di tempat duduknya kerana pintu masih berkunci. “Bila you nak buka pintu I ni? Kereta dah berderet di belakang tu.” Mikhail memandang cermin pandang belakangnya mendengar kata-kata Fatihah itu. Segera dia membuka kunci pintu keretanya dan satu sengihan dihadiahkan kepada gadis di sebelahnya. “Nanti petang I ambil you.” Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Mikhail sebelum dia melangkah keluar dari kereta tersebut. Bergegas dia melangkah naik ke jabatannya kerana tidak mahu staf-staf di situ perasan dia dihantar dengan menaiki kereta mewah.
* * *
“Fatihah, banyak kes ke hari ni?” Shasha yang juga merupakan rakan sekerja Fatihah melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Fatihah. “Biasalah Shasha. Kerja macam kita ni, hari-hari pun ramai patient. Tapi minggu ni dapat wad kelas pertama. Tu pun ada dua orang patient je.” “Wah, untunglah kau. Aku kena dekat wad orthopedic minggu ni.” “Sabar je la, Shasha. Dah tugas kita.”
“Tu la pasal. Eh, pagi tadi siapa hantar kau?” Keningnya terjungkit sedikit dengan mimik muka yang agak lucu di mata Fatihah. “Siapa?” “Kau ni. Aku tanya kau, kau tanya aku balik.”
“Siapa bagitahu kau aku datang berhantar pagi ni?” “Eleh, tak payah nak kelentong la Fatihah oi. Aku nampak kau keluar dari kereta BMW pagi tadi. Bukan main laju lagi kau jalan naik department. Aku panggil pun kau tak dengar dah.” “Tak ada siapa la. Kebetulan je aku tumpang kereta dia.” “Kebetulan? Kau ni, agak-agak la bagi jawapan. Ada pula kebetulan.” Ketawa Fatihah mendengar rungutan Shasha itu.
“Mikhail.” “Mikhail? Wah, aku dengar nama pun dah sedap. Mesti handsome kan? Pakwe baru kau ke?” “Ish, kau ni. Ada pula pakwe aku. Dia pakwe senior aku kat UKM dulu.” “Habis tu macam mana dia boleh hantar kau pula? Tak jealous ke makwe dia?” “Kebetulan, ok?”
“Eleh, macam aku percaya kan?” “Terpulang.” Fatihah menjungkitkan bahunya sambil tersenyum pada Shasha. “Beb, balik nanti aku balik dengan kau eh.” “Aku mana bawak kereta hari ni.” “Eleh. Aku tahu la kau naik kereta mewah hari ni. Tu yang aku nak tumpang juga.”
Fatihah terdiam. Ada baiknya juga kalau minah senget ni naik sekali kereta Mikhail. Tak la dia rasa kekok sangat berdua-duaan dengan Mikhail nanti. “Bagus juga tu. Nanti petang tunggu aku dekat department ye.” “Ok! Alamak, aku kena gerak dah ni. Klinik start pukul dua. Jumpa petang nanti.” Terburu-buru Shasha menghabiskan air di dalam gelasnya sebelum bergerak meninggalkan Fatihah. Fatihah hanya menggelengkan kepala melihat kekalutan Shasha itu.
No comments:
Post a Comment