Tuesday, April 3, 2012

Luahan hati yang berkecamuk!

Kadang ku kuat setegar karang,
Kadang ku rapuh lemah liar merana.

Dalam menjalani kehidupan, kerap kali kita perlu mengharungi situasi-situasi yang mengubah persepsi dan jatidiri kita. Adakalanya kita tidak sedar akan perubahan tersebut. Namun yang paling terkesan dengan perubahan kita adalah orang yang terapat dengan kita.

TAPI, jangan ingat kita benar-benar mengenali seseorang itu hanya kerna kita rapat dengannya. Ini kerna walaupun dia menceritakan hampir semua perkara kepada kita, yakinlah bahawa masih ada yang dia simpan untuk dirinya sendiri. Itu sebabnya setiap insan ada rahsianya yang tersendiri.

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali


Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja

No comments: